Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Buat kali keduanya aku menulis dalam blog ini. Semuanya kerana aku ingin berkongsi rasa dan kebahagiaan dengan kalian semua. Tau tak korang kenapa aku berasa sangat bahagia? Pertama, kerana aku masih lagi bernafas di bumi yang bertuah ini dengan berbekalkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya. Kedua, kerana aku berasa gembira dengan kehidupan yang aku lalui walaupun pelbagai rintangan perlu aku hadapai dan yang ketiga, kerana aku dikelilingi dengan insan-insan yang paling aku sayangi. Nak tau sape? Mestilah aku disayangi oleh ahli keluarga aku, sahabat-sahabat aku… tanpa mereka semua, entah bagaimana aku mahu mengharungi hidup yang mencabar ini. Huhuhu…
Ekceli, aku nak cerita pasal apa yang berlaku sepanjang lepas sambutan hari raya 1429H. Saat yang ditunggu-tunggu pun muncul jua. Bertarikh 18-22 Oktober 2008, UPM mengadakan Majlis Konvokesyen ke 32, meraikan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka. Aku tak terkecuali. Hehehe… turn bebudak alam sekitar pada 20hb, sesi ke5. huhuhu… kalau tak salah aku, UPM la yang lambat meraikan mahasiswa mereka. USM, UKM, UiTM, UTM, err… aku tak ingat la pulak. Kira semua U kat Malaysia ni dah buat Majlis Konvokesyen la. Ah, tak kisah la!!! Sekarang ni citer pasal UPM. Best bila semua sahabat-sahabat aku datang dan berkumpul dekat bilik aku (secara aihoong). Padat and mampat!! Wakahkahkah… tapi best. Best sangat2!!! Saat tu aku rasa macam masa zaman degree dulu. Huhuhu… Rosie memang dah ada dekat bilik aku tu. So, Chan2 sampai 13hb tapi malam tu dia stay kat bilik Fara coz temankan Fara before member-member lain sampai. 14hb tu, semuanya sampai. Aku pergi ambil Fairuz kat stesen bas KMR. Masa tu juga Tini and Nur sampai. Wah… dah meriah dah time tu. Last sekali sampai adalah Wani. Almaklumlah… wanita berkerjaya. Ahakzzz…
Tau tak malam tu apa yang kita orang buat?? Kita orang pergi The Mines. Makan KFC kat sana and after tu pergi main bowling. Hehehehe… sebelum tu, pergi ambil Dina kat rumah sewa dia. Huhuhu…aku yang tak sihat ni entah apa-apa punya perangai. Hehehe… saat ni memang bahagia sangat. Walaupun agak singkat aktiviti pada masa tu, tapi penuh dengan keseronokkan. Macam-macam kerenah, telatah, cerita… semuanya dikongsi bersama. Memang best!!!
Balik malam tu hujan lebat. Aku, Tini, Rosie, and Nur balik naik teksi. Chan2, Fairuz, Wani, Jun, and Dina naik kereta coz nak hantar Dina balik ke rumah. Ada cerita ketika dah sampai kolej. Dalam hujan lebat tu, Nur buat drama pulak. Hahaha… nak tau citer dia macam mana? Tanya kat Noris lah. Hehehe…
Masuk kat bilik dalam keadaan lenjun, masing-masing sibuk tukar baju, nak mandi lagi… macam-macam lah. Sampai Fairuz kata, jangan jalan sana sini. Pening… pening… hahaha… tidur pulak… bersusun macam sardin dalam tin. Kalau dah ramai macam tu, mana boleh tidur. Pillow talk la kononnya… hehehe… main ABC la… Chan2 lak pergi bergayut kat luar bilik. Hehehe Tau tak main ABC tu macam mana? Pilih satu abjad dan sebutkan perkataan yang bermula dengan abjad tersebut menerusi klasifikasi yang telah ditetapkan. pukul 2 pagi pun tak tidur lagi. Dah la esok ada rehearsal. Hehehe…
Rehearsal pulak… aku tak pergi coz rasa pening kepala. Nur and Tini pun macam tu gak. Apa la dia orang ni… huhuhu… Rehearsal start pukul 9, bertolak dari bilik pukul 9.30. wah, hebat!!! Hahaha… nasib baik ada member bagitahu tak start lagi. Hehehe… dah selesai semua tu, kita orang makan ramai-ramai dekat fakulti. Wah, memang happening! Lepas tu, balik bilik. Semua benda buat sama-sama. Yalah, lepas ni dah tak jumpa lagi. Time konvo nanti pun belum tentu dapat duduk bersama. Petang tu pergi beraya dekat rumah Jae, kat Puchong. Best… sempat singgah dekat rumah Uteh Cik Zue. Huhuhu… singgah sekejap dekat Padang, SS. Belikan makanan untuk Nur. Jumpa abag aku kat sana. Hehehe… tapi yang bestnya, aku jumpa Hasan. Dah lama aku tak jumpa kawan aku tu. Itulah kawan baik aku dari matrik. Huhuhu… tak sangka pulak jumpa dia kat sana. Oh, ya! Lupa lak nak bagitahu. Yang pergi rumah Jae ialah aku, Tini, Chan2, Tong, Jun, Cik Zue, Shida, Jojo.
Sementara tunggu hari konvokesyen, hanya aku dan Rosie aje kat bilik. Hehehe… hari konvo tu baru jumpa dia orang balik. Wah… seronok betul bila berkumpul balik. Best betul… memang tak dapat aku lupakan apa yang terjadi. After majlis, tak dapat nak berjumpa lagi coz masing-masing dengan kelurga masing-masing. Huhuhu… memang best. Waaa… rasa cam nak ulang balik apa yang terjadi.
Esoknya, aku ada coloquium. Viva aku punya proposal. Huhuhu… teruk gak kena hentam. Sedih… tapi nak buat macam mana. Benda dah lepas kan?? Esok2 aku akan cuba buat apa yang terbaik.
Wah, dah banyak aku tulis!! Eh, taip!! Hehehe… penatlah. Huhu… dahlah, nak stop kat sini dulu. Nanti2 sambung. Hehehe… okey, aku nak ucapkan something.
Kepada mama, abah, abang, alang, and akim… thanks a lot for ur support. Cantik bunga dan patung POOH yang comel tu. Terharu beb!!
Untuk along, angah, alang, uda, achik, ateh, anje, dan usu… kedatangan kalian telah menghilangkan rasa rindu dalam jiwa ini. andai suatu hari nanti kita ditakdirkan bertemu semula, aku mengharapkan ikatan yang lebih harmoni dan sejahtera di antara kita semua. Sayang sangat dekat korang…
Buat roommates aku, Dhiah dan Azah…. thankz a lot for everything. Korang adalah roommates yang paling best dalam dunia ini. ni tak roommate dah> Seronok kerana dapat kenal dengan korang. Kita takkan melupakan segala kenangan dengan korang. Keep in touch, bebeh!!! Love u all!!!
Kepada yang tidak dinyatakan nama, sesungguhnya, kejayaan aku kini bukan hanya kerana usaha aku sendiri tapi kerana sokongan kalian yang tak pernah berbelah bagi kepada aku. Sentiasa berada di sisi ketika aku memerlukan seseorang untuk berbicara. Semoga ukhuwah yang terjalin tak terputus di pertengahan jalan. Sekian, terima kasih.